Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

01/03/2014

Sumbang mahram dalam bilik air dengan adik selepas mandi

Gambar Hiasan

Kuala Lumpur: Seorang pengawal keselamatan menerima pembalasan apabila dipenjara 16 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merogol adik perempuannya, bulan lalu.

Hakim Manira Mohd Nor memutuskan demikian terhadap lelaki berusia 28 tahun itu selepas dia mengaku melakukan sumbang mahram terhadap mangsa yang berusia 21 tahun itu, dalam dua kejadian berasingan yang mana ia tidak dibenarkan di bawah hukum agama.

Manira memerintahkan tertuduh dipenjara lapan tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan yang mana ia berjalan secara berturut-turut mulai semalam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol adiknya di rumah mereka jam 8 pagi, pada 14 dan 16 Februari lalu. Kedua-dua kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram, yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang memakai baju-T dan seluar hitam tidak diwakili peguam, merayu mahkamah mengurangkan hukuman atas alasan menanggung ibu dan adik yang tidak bekerja sejak bapanya meninggal dunia.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Fadzlin Abd Zawawi memohon tertuduh dikenakan hukuman berat atas alasan tertuduh abang kandung dan sepatutnya melindungi adiknya.

“Perbuatan tertuduh ibarat ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ kerana merogol adik kandung dua kali. Justeru, saya mohon mahkamah mengenakan hukuman berat supaya tertuduh sedar kesalahan yang dilakukan kerana ia bukan saja membabitkan masa depannya, malah adiknya,” katanya.

Mengikut fakta kes yang diakui benar, tertuduh dalam kejadian pertama, dikatakan menarik mangsa yang ketika itu baru selesai mandi dan keluar dari bilik air, ke dalam biliknya sebelum memaksa mangsa menanggalkan tuala. - pilihananda

Remaja 16 tahun Diperkosa rakan maya

(Gambar Hiasan)

Padang Besar: Kerisauan seorang bapa mengenai kehilangan anak perempuannya berakhir tragedi apabila anaknya yang berusia 16 tahun ditemui tidak bermaya selepas dirogol seorang lelaki yang dikenalinya melalui laman sembang maya di sebuah rumah di Sungai Jernih, Bukit Keteri, di sini, Rabu lalu.

Kejam Anak Langgar Ibu Sampai Badan Putus Dua


BUTTERWORTH – Gara-gara gagal mengawal kemarahan terhadap ibu selepas bertengkar, seorang anak nekad merempuh ibunya hingga mati dalam kejadian di Taman Bunga Raya, Jalan Raja Uda di sini, petang kelmarin.

26/02/2014

Bapa Tiri Bernafsu Buas Rakam Foto Separuh B0GEL Anak Perempuan

(Gambar Hiasan)

Sejak awal Januari lalu, seorang lelaki berusia 57 tahun menyelinap masuk ke dalam bilik tidur anak tiri perempuannya yang berusia 14 tahun setiap malam untuk merakam gambar separuh bogel remaja terbabit yang sedang tidur.