
Laman sosial Indonesia minggu ini kecoh dengan penyebaran sebuah
kilp youtube selama 3 minit yang memperlihatkan seorang ustaz yang
dikenali sebagai Hariri menginjak kepala seorang lelaki kerana marah
yang teramat.
Kejadian dikatakan berlaku di sebuah kawasan di Bandung Jawa
Barat.Lelaki yang diinjak kepalanya itu merupakan petugas yang
menjaga sistem bunyi pada majlis berkenaan.
Pengurus ustaz berkenaan yang dihubungi media Indonesia, Odet
memberitahu majikannya bertindaknya demikian kerana marah
dengan kualiti bunyi yang disediakan lelaki itu.
“Kita sewa sound kan wajar ingin yang kualitasnya baik,” katanya.
Menurut beliau, tindakan lelaki itu yang memohon maaf dalam ke
adaan marah kepada Ustaz hariri menjadi punca mengapa majikan
nya bertindak menginjak kepada lelaki itu.
Namun menurut Odet, Ustaz Hariri telah memohon maaf kepada
lelaki berkenaan dan menganggap isu itu sebagai selesai.
Begitupun, komuniti aktif media online Indonesia nampaknya
tidak menerima perlakukan ustaz berkenaan dengan begitu mudah sekali.
Ramai yang menyifatkan ustaz berkenaan yang muncul dalam
beberapa sinetron seperti Islam KTP dan Sampean Muslim
sebagai sombong dan memalukan penganut Islam. - isulagi
No comments:
Post a Comment