MUNGKIN ada yang tertanya-tanya apakah reaksi isteri Awie Rozana
Misbun 35 tatkala melihat adegan mesra antara suaminya dengan Erra Fazira untuk Konsert Teaterikal Suara Kita yang bakal berlangsung di
Istana Budaya,minggu depan.Jika anda sangka dia cemburu dengan
perkara itu, ini jawapannya menerusi B*Pop, hari ini:“Selama ini, Awie
juga pernah bergandingan dan beraksimesra dengan pelakon wanita lain
Jika dulu sayamengatakan tidak, sudah tentu projek ini tidak dapat
dilaksanakan.
“Saya memberi sokongan kepada Awie supaya memilih Erra dan Ziana
kerana dapat mengimbas semula zaman kegemilangan mereka sekitar
era 1990-an.“Hubungan saya dengan Erra juga baik. Erra seorang yang
peramah dan cukup disenangi. Saya peminat Erra sejak di bangku
sekolah lagi. Dulu saya pernah mengajakAwie menyaksikan teater
lakonan Erra.
“Lagipun, Erra sendiri mengeluarkan kenyataan tidak mahu babak intim
yang berlebihan sehingga Erma terpaksa merombak semula skrip.
Saya faham keadaan Erra, tentulah situasi itu mengundang persepsi
buruk.Sudah pasti ada yang menuduhnya bermacam-macam, lebih lagi
dalam keadaannya yang masih dalam tempoh edah,” jelasnya.

Kadang-kadang orang luar yang berlebih-lebihan,
padahal mereka ‘cool’ saja, tak gitu?
sumber
No comments:
Post a Comment