24/02/2014

ATM dikerah guna semua lori tangki air bantu penduduk

Gambar hiasan

Kajang: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikerah menggunakan semua lori tangki airnya untuk membantu penduduk yang menghadapi masalah bekalan air di beberapa kawasan di Selangor, mulai petang semalam.

Antara kawasan paling terjejas adalah Balakong dan Serdang yang mempunyai 35,000 penduduk meliputi 20 kawasan perumahan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata sejak semalam tiga lori tangki air ATM dihantar di Taman Impian Ehsan, Balakong, dengan setiap mampu membawa 10,000 liter air bersih.

Seramai 20 anggota tentera juga ditempatkan di situ untuk membantu penyaluran bekalan air kepada penduduk terbabit dalam usaha membantu SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) membekalkan air kepada penduduk setempat.

Langkah ini juga dapat mendekatkan ATM dengan orang ramai kerana
dalam keadaan mereka memerlukan adalah paling sesuai turun untuk membantu, katanya selepas menghadiri gotong-royong mencegah denggi di Kampung Sri Jambu di sini, semalam.

Sejak 28 Januari lalu, 83,084 pintu rumah di Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya mengalami masalah terputus bekalan air dan tekanan rendah berpunca pertambahan permintaan air yang mendadak berikutan cuaca panas. 

Pada majlis gotong-royong itu, kira-kira 100 anggota Tentera Darat bersama 150 ahli Briged Sukarelawan Khidmat Negara menjalankan kerja pembersihan di kawasan perumahan Kampung Sri Jambu.

Sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment