KUALA KANGSAR: Tiga maut termasuk seorang pekerja kilang dalam kemalangan di Kilometer 70 Jalan Kuala Kangsar-Lenggong, dekat Kati, di sini pada jam 6.15 pagi tadi membabitkan sebuah van kilang dengan sebuah kereta Toyota Camry.
Difahamkan mangsa yang maut adalah pemandu van dan penumpang depan van, selain seorang pekerja kilang wanita.

Beberapa individu lain juga dilaporkan cedera dalam kejadian itu.
Mayat dan semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Kangsar.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai pemandu van Rosmainiezal Mat Ani, 37, penumpang depan van, Syed Idris Syed Nordin dan pekerja kilang Aminah Kamaruddin, 53.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Abdul Ghafar Muhammad berkata, kejadian membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah van kilang, kereta dan sebuah motosikal.
Bagaiamanapun, penunggang motosikal hanya cedera ringan, manakala pemandu kereta tidak cedera.
"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila van yang datang dari arah Gerik ke Kuala Kangsar dipandu mangsa bertembung dengan kereta Toyota Camry yang datang dari arah bertentangan.
"Manakala, motosikal ditunggang seorang lelaki yang berada di belakang Toyota Camry gagal mengelak kemalangan itu sebelum merempuh kereta terbabit," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.
Abdul Ghafar berkata, kemalangan maut itu turut menyebabkan tiga pekerja kilang lain yang berada dalam van berkenaan cedera termasuk seorang cedera parah.

myMetro
No comments:
Post a Comment