
MELAKA: Seorang ibu yang membawa anak lelakinya berusia empat tahun dipercayai untuk membeli dadah merupakan antara 36 individu yang ditahan dalam Ops Tapis di Kampung Pinang B, Batang Tiga di sini, Rabu.
Beliau berkata, mereka yang ditahan berusia antara 25 hingga 57 tahun dipercayai penagih dadah turut ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah untuk siasatan lanjut.
"Tiga lelaki berusia 30-an dipercayai pengedar dadah berjaya ditahan dalam operasi selama lapan jam bermula 5 pagi tadi," katanya kepada pemberita di sini.
Katanya polis turut merampas satu tiub dan lima paket dadah dipercayai jenis heroin daripada pengedar tersebut.
Salehhudin berkata siasatan awal mendapati dadah dalam tiub dijual dengan harga antara RM20 dan RM30 manakala RM150 bagi dalam dalam paket.
Menurut beliau, kawasan ladang kelapa sawit berkenaan menjadi pusat urusan jual beli dadah jenis heroin bagi penduduk di sekitar Batang Tiga, Tanjung Kling dan Sungai Udang, sejak tiga bulan lepas. BERNAMA
mStar
No comments:
Post a Comment